Wednesday, September 12, 2012

From The Secret Garden


Sekali Lagi

Seandainya aku mampu putarkan masa....mahu saja aku kembali ke masa silam supaya segalanya menjadi seperti yang aku mahukan. Namun, bila difikirkan sekali lagi.... sesuatu yang terlalu berharga yang telah dianugerahkan oleh Nya tak mungkin ada di depan mata ku kini andainya aku merubah segalanya...dan dengan rela hati aku menerima segala ketentuan Mu...kerana aku tidak sanggup untuk kehilangan
dia,insan kecil yang comel yang tidak bersalah...
dia,pengubat luka dihati ini.....
dia,nyawa dan semangat untuk diri ini.....
dia,ratu hati ku....dan
dia, segala-galanya bagi ku.....

Dan kerana dia...aku redha atas suratanMu...segala yang telah engkau tetapkan.... Dan kerana dia, aku sanggup menjadi apa saja, biarpun hati ini terluka...biarpun jiwa ini terseksa.

Saat aku memohon petunjuk dari Mu, mencari arah hidup yg pasti....kau telah memberi aku jawapan. Aku meminta Engkau jauhi dia sekiranya dia bukanlah pilihan yang terbaik untuk diri ini dan temukan aku dengan seseorang yang bakal memberikan kebahgiaan yang aku cari selama ini....

Namun, ia menemui jalan buntu...dan hampir saja kecundang sekali lagi... dia yang Engkau temukan adalah bayang-bayang hitam yang bakal menghantui hidup ini sekiranya aku tersilap langkah. Ternyata aku hampir saja membuat pilihan yang salah... Namun aku rasa bersyukur kerana ini menyedarkan aku agar terus berhati-hati menjalani kehidupan agar tidak tersungkur untuk kali kedua...