
Hati ini terpanggil untuk berkongsi satu peristiwa yang terjadi diluar perkarangan kamar mahkamah tinggi syariah yang aku hadiri. Aku juga berurusan di sana bagi mendapatkan hak penjagaan anak tunggal ku. Seperti mereka juga..masing-masing punya urusan tersendiri. Sedang aku duduk menenangkan fikiran sementara menanti giliran aku dipanggil mengadap Hakim..tiba-tiba terdengar satu suara yang menarik perhatian semua yang menunggu di situ. Walaupun agak jauh selang beberapa kerusi panjang,aku masih dapat mendengar butiran suara itu. Seorang wanita yang agak cantik,berbaju kurung merah jambu sedang berpeluk tubuh sambil bercakap dalam keadaan mara. Lontaran suaranya yang mula meninggi terus menarik perhatian semua. Jelas kedengaran dia melepaskan kemarahannya kepada seorang lelaki yang agak terselindung sedang duduk dihadapanya. "Aku yang mengandungkan dia 9 bulan! Apa masalah kau hah? Jantan sial, tak guna!" Paaang! Dia menampar lelaki yang berada di depannya itu.
Kemudian keluar seorang anggota polis yang memberi amaran kepada wanita tersebut tapi tidak dihiraukan. Wanita itu terus menjerit-jerit memaki hamun lelaki tersebut sambil ditarik oleh bapanya untuk membawa anaknya itu pergi. Wanita itu terus meronta-ronta mahu menerkam lelaki tersebut dan cuba dileraikan oleh anggota polis yang mula meninggikan suara menengking wanita terbabit. Dihadapan aku adalah keluarga si lelaki tersebut. Dan seorang wanita muda,mungkin adik lelaki tersebut dengan selamba merakamkan kekecohan tersebut menggunakan telefon bimbitnya. Dan wanita itu sempat menoleh ke arah adik lelaki tersebut sambil berkata "Kau ingat aku heran kau record? record la..aku peduli ape hah?" Dan adik lelaki terbabit menjawab dengan senyuman sinis.. "Saja..nak penuh kan memori kad"
Sebelum wanita berbaju kurung itu lebih aggressif dan di bawa pergi oleh bapanya. Aku terkedu dengan insiden yang baru saja berlaku dihadapan ku. Dan sebagai seorang wanita, aku tidak boleh menipu perasaan yang terbuku di hati ini. Walaupun aku tidak mengetahui kisah sebenar mereka.. tapi sebagai seorang ibu yang juga kehilangan anak kerana dilarikan oleh bekas suami..aku simpati dengan wanita itu...luluh hati aku bila cuba merasai apa yang sedang di alaminya. Sudah pasti lelaki tersebut yang mendapat hak penjagaan anak tersebut. Tanpa mengira siapa salah dan siapa benar.. hati seorang ibu yang kehilangan hak penjagaan anak yang telah dikandung selama 9 bulan..yang sengsara melahirkan anak tersebut tetap pedih untuk ditelan. Aku simpati dengan wanita itu...sebagai ibu, dia lebih berhak dan lebih layak untuk menjaga anak tersebut..perit di hatinya juga boleh aku rasai.
Tapi..apa daya wanita itu setelah mahkamah menetapkan hak penjagaan bukan miliknya... sudah pasti dia tertekan ketika ini...sudah pasti dia sedih dengan kehilangan itu... Ya Allah Ya Tuhan ku..walaupun aku tidak mengenali wanita itu.. berikanlah dia kekuatan dan ketabahan untuk terus menjalani kehidupannya... amin~
