Sejak hari itu, aku tidak lagi dapat melihat celoteh si manja buah hatiku yang selama ini menjadi peneman hidup ini. Dialah satu-satunya harta yang paling bernilai dalam hidup ini. Atas kecuaian dan kesilapan diri sendiri, aku diperbodohkan oleh lelaki yang menghancurkan hidup kami. Dan kini, dia mahu memusnahkan hidup ini dengan memisahkan cinta hatiku untuk selama-lamanya. Tidak puas lagikah dengan kemusnahan yang telah dia lakukan? Hari ini, dia pisahkan kami. Setelah hampir 4 tahun, Puteri bersama aku. Mengharungi segala kesusahan dan dugaan bersama. Dia sentiasa berada di sisi ini, tak kira apa yang terjadi.... tapi, kami dipisahkan. Bagaimana lah keaddan cinta hati aku ketika ini, tanpa aku disisi.. pasti dia terlalu menrindui aku seperti mana aku sedang merinduinya waktu ini. Kenapalah zalimnya dia sehingga sanggup melakukan ini semua kepada kami? Tidak kah dia cuba merasai penderitaan kami bila dipisahkan?????????
Sejak sekian kalinya hidup ini terus dilanda musibah..tidak sekali pun aku merungut dan berputus asa.. Aku harungi segala dengan tabah bersama si comel... kerana aku yakin,aku pasti Tuhan sentiasa berada di sisiku.. melinungi kami.. biar pun aku tidak dilindungi..cukup buat ku andai Tuhan melindungi cinta hati ku sebaik mungkin...
Ya Allah ya Tuhanku..
Sesungguhnya aku ini amat hina dan kotor di sisimu..
Aku hanya memohon Kau peliharailah anak ku itu..
Jauhi dia dari segala pekara yang buruk..
Jangan lah Engkau siksa hatinya.. jiwanya kerana merindui aku ketika ini..
Tenangkan hati dan jiwanya dari sakit merindui ibunya..
Jangan lah Engkau seksa batinnya kerana aku tiada disisinya.
Jangan lah Engkau gelisahkan hatinya kerana aku tiada di depan matanya..
Dia hanya seorang anak kecil yang tidak bersalah.. anak kecil yang tidak berdosa..anak kecil yang masih mentah untuk memahami semuanya..anak kecil yang naif untuk dibebani dengan semua ini..
Tenangkan lah jiwanya seandainya dia tertanya-tanya di mana ibunya..
Peluklah dia untuk aku seandaianya dia menangis mencari aku... Ciumlah dia untuk aku seandainya dia tidur tidak didakap oleh sesiapa..
Ya Allah Ya Tuhan ku.. sesungguhnya jiwa ini terseksa dengan semua ini..
Pulangkan puteri ke pangkuan ku...
Aku merayu kepada mu Ya Tuhan..
Biar lah aku diseksa dengan penderitaan yang lain.. tapi bukan diseksa dengan memisahkan kami..
Hati ibu mana yang tidak luluh seandainya anaknya di pisahkan??? Aku benar-benar terseksa ketika ini...
cukuplah selama 8 hari kami dipisahkan... Aku benar-benar menderita dengan semua ini.. Ya Allah Ya tuhan ku...
bukakan lah pintu hatinya untuk mengembalikan semula cinta hati aku itu...
Tolong lah..
Aku benar-benar menrindui cinta hati ku itu...
janganlah aku terus diseksa sebegini... Aku merindui dia...
Hanya dia yang membuatkan aku terus bersemangat untuk terus hidup dan mengharungi segala-galanya bersamanya...
Tapi...apalah ertinya semua ini, seandainya dia tiada bersama ku lagi?
Saturday, December 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment